Nilai Ukuran dalam Kehidupan Manusia

Image result for measurign life
Sumber  gambar: Google

Hari ini cuti. Mila, kekasih Azmi yang baru ditawan hatinya ketika sama-sama belajar di kelas Bahasa Inggeris sewaktu semester 2 mengajak Azmi pergi ke Kuala Lumpur untuk mengisi masa lapang dan menghabiskan waktu bersama-sama.

"Nak buat apa pergi Kuala Lumpur?" Azmi bertanyakan Mila.

"Alah saja jalan-jalan. . . Esok kan cuti, bukan ada kelas pun" laju jawapan Mila kepada Azmi.

"Takde duitlah. . . Dah habis beli buku rujukan termodinamik minggu lepas" dalih Azmi sebagai alasan menolak.

Mila tidak mengalah. "Takpe saya belanja tiket KTM dan makan. Haa. . . Nak pergi tak? Jomla temankan saya" laju jawapan Mila. "Saya pun nak cari baju kat Jalan TAR jugak tapi tak nak pergi sorang-sorang. . ." tambah Mila lagi.

"Habislah aku" bisik Azmi di dalam hati. Dia tahu dia tak boleh menolak lagi ajakan Mila shopping ke Kuala Lumpur

Roh Yang Kekal dan Badan Yang Hancur

Azmi kepenatan. Hari ini banyak betuk tugasan yang dia dapat dari pensyarahnya. Bahkan semua subjek pulak tu dapat tugasan hari ni.

"Penat betul belajar ni. Dahla berhutang dengan PTPTN semata-mata nak dapatkan sekeping sijil. Kalau ikutkan hati dan bukan sebab hasrat mak ayah, lama dah aku berhenti belajar ni cari kerja". Keluh Azmi keseorangan.

Hari ni dia mula belajar subjek baru, Falsafah dan Pemikiran. Sejak kecil, Azmi gemar berfikir dan termenung sendirian melihat alam, serangga dan sebagainya. Tidak dinafikan dia cemerlang apabila belajar sains, dan mendapat keputusan cemerlang dalam kesemua subjek sains tulen yang dipelajarinya di sekolah iaitu fizik, kimia, biologi dan matematik tambahan.

Baginya, sains sangat senang untuk difahami dan diikuti. Itulah yang membuatkan Azmi nekad memilih untuk mencabar dirinya mengambil subjek falsafah dan pemikiran sebagai subjek elektif walaupun sedang menghabiskan pengajian dalam bidnag kejuruteraan elektrik. Namun, subjek baru ini sangat susah untuk dia fahami.

"Dunia ini fana tetapi roh itu kekal" antara ayat pensyarah beliau yang masih tidak difahami oleh Azmi. Dia termenung keseorangan. . .



"Bukan ke roh itu mengikut badan? Bila tubuh badan manusia mati, maka roh pun akan mati. Macamana pulak roh boleh kekal sedangkan badan sahaja mati? Ini dah bertentangan dengan konsep ajaran Islam ni". Keluh Azmi sendirian.

Sedang Azmi termenung di katilnya, tubuhnya tiba2 melayang. Dilihatnya ada satu pusaran berwarna warni di atas langit dan mumcul satu tubuh daripada pusaran tersebut. Selang beberapa keika melayang di udara, tubuh itu membentuk seorang lelaki.

"Aku ni mimpi ke?" Gumam Azmi keseorangan. Dicubitnya pipi dan pehanya sendiri. Sakit. "Eh tak mimpi pun ni. Kat mana aku sekarang ni?" Azmi tertanya-tanya.

Dihadapan beliau duduk seorang lelaki berjambang dan memakai kopiah dan sedang merenung tajam ke arahnya. Azmi ketakutan. Lelaki itu seolah-oleh boleh nampak dirinya. Lelaki tadi bangun dan menunjukkan jari ke arah Azmi.

"Kau siapa?" Soal lelaki tadi. Kenapa boleh berada di sini?" Dia meneruskan persoalan sambil menunjukkan jari ke arah Azmi.

"Saya Azmi, pelajar sebuah IPTA. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh sampai ke sini..." jawab Azmi jujur.

"Baik Azmi... jawab soalan aku kalau kau mahu pulang ke tempat asalmu" jelas lelaki tadi.
"Soalan apa encik?" Azmi bertanya lagi. Dia takut tetapi memberanikan dirinya untuk menjawab persoalan tersebut. "Boleh saya tahu nama encik?" Azmi cuba bertanyakan peribadi lelaki misteri tersebut.

Lelaki misteri: Adakah roh dan badan berasal dari sumber yang sama?

Azmi: Tidak sama

Lelaki misteri: Adakah roh dan badan akan berakhir menjadi satu pengakhiran yang sama?

Azmi: Tidak sama

Lelaki misteri: Adakah roh boleh hancur kalau badan hancur?

Azmi: Ikutkan logik, bila badan berakhir maka roh pun akan mati

Lelaki misteri: Kenapa roh harus ikut badan kalau kedua-duanya tidak berasal dari sumber yang sama?

Azmi: Kita ambil contoh rokok. Asap rokok, rokok dan api rokok adalah satu benda yang sama. Bila rokok habis dihisap, maka asap rokok habis dihisap, api pun padam maka rokok pun habis. Takde kalau rokok habis tapi api tak habis.

Lelaki misteri: Contoh tu tak sama dengan roh dan badan. Rokok berasal dari sumber yang sama tetapi roh dan badan berasal dari sumber berbeza.

Azmi : Kalau begitu memang betul bahawa roh dan jasad itu dua entiti berbeza dan bukan benda yang sama.

Sedang Azmi berfikir dan bercakap sendirian, dia tiba-tiba pitam dan akhirnya tersedar bahawa dia berada di atas katil di dalam bilik hostelnya sahaja. Langit di luar sudah sangat gelap dan azan maghrib sudah berkumandang.

"Nasib baik aku dah solat asar kat masjid kolej tadi" bisik Azmi sendirian. Dia mula bangun dan mencapai tualanya. "Lapar ka pulak" cakap Azmi sendirian. Di handfon pun dah ada lebih kurang 12 misscall; 10 dari kekasihnya dan 2 dari best friendnya mengajak Azmi keluar makan malam.
Sedang Azmi berjalan menuju ke bilik air, dia terpandang satu nota kecil yang terletak di sudut mejanya. Azmi membeliakkan mata membaca nota tersebut;

"Kehadapan sahabatku Azmi, semoga dengan berfikir mampu mencelikkan mata dan membuka hati : al-Kindi, roh itu hidup tidak mati"

Azmi terduduk di atas katilnya kembali, tadi dia berdialog dengan al-Kindi sebenar atau hanya sekadar mimpi?

"Macam mana nota ni ada kat sini? al-Kindi bukan dah lama meninggal ke? Siapa aku bercakap tadi? Astaghfirullah al-'Adzim. . ."

Azmi menggelengkan kepalanya. Dia beristighfar dan meneruskan hajatnya ke bilik air

BE GRATEFUL FOR EVERYTHING


We never stop complaining, never stop whining

We look for something more than we can afford to

We seek satisfaction from something more than we should earn

We lust for attention in everything more than we valued ourselve

Didn't we learnt from the stories of our fathers?

Didn't we took advice from our grandparents? father and mother?

Remember the advice from Book of Guidance that is al-Quran, it was mentioned that

"....anyone who is grateful does so to the profit of his own soul..." (al-Quran surah Luqman 31:12)

Meaning that being grateful will purify our soul..
Look what greed had done to our world

The richer tend to live in their richness, forgetting the poor

Meanwhile the poor seek perfection neglecting happiness they should really look after

Be grateful for everything we have

Cause everytime we regret and missed 'something'

When we already lost that 'something'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...